Monday, October 5, 2009

Dikira tidak berjaya mendapatkan tanah yang sesuai untuk disewa sekitar Hulu Langat setelah berbulan-bulan mencari, saya mengalihkan usaha kepada pengeluaran taugeh dan tauhu yang boleh dikeluarkan dalam kawasan rumah.


Terima Kasih kepada Jabatan Pertanian Melaka kerana menerima permohonan saya menghadiri kursus-kursus pengeluaran taugeh dan tauhu. Berbekalkan asas dari kursus di KTPSU, kajian dan bacaan di internet terutama forum Bicarajutawan, hasilnya boleh tahan juga.




Bila saya cuba memasarkan taugeh, para peniaga runcit hendakan tauhu sekali kerana kata mereka kalau ada taugeh pun, mereka kena beli tauhu di Pasar Borong juga. Mengeluarkan tauhu tidaklah susah sangat rupanya, cuma belanja peralatan agak tinggi dari mengeluarkan taugeh. Dari tinjauan saya, peralatan lengkap pengeluar tauhu skala kecil memerlukan ratusan ribu ringgit. Tapi kita tak perlu belanja begitu besar, mula dengan kecil dulu, acuan tauhu dari kayu cengal dipasaran lebih kurang RM300.00 seunit.


Saya gunakan acuan stainless steel, ada life time warranty. Kalau nak tempah acuan tauhu stainless steel ni pun boleh.




Bagi mereka yang mahu berkongsi ilmu, saya sangat mengalu-alukan, terutama dalam bab pengeluaran makanan yang halal, bersih dan suci. Lebih ramai pengeluar makanan Muslim lebih baik untuk generasi akan datang.








Saturday, April 4, 2009

EMAS (EM Activated Solution)

Assalamu'alaikum wr. wb dan salam sejahtera,

Buat masa ini hanya EMAS sahaja yang ada stok. Larutan ini saya sediakan bila ada tempahan sahaja. Harganya RM12.00 seliter. Untuk tujuan penggunaan, larutan EMAS ini boleh dicampurkan dengan 500-1000 liter air. Oleh itu kos untuk 1 liter larutan yang digunakan kepada tanaman, ternakan atau rumah anda adalah RM0.012 sahaja.

Pesanan boleh dibuat dengan smskan nama, alamat dan masa hantaran diperlukan ke nombor 019-289 1251.

Tuesday, February 24, 2009

Jumpa anda bulan depan.

Laman ini dalam pembinaan.

InsyaAllah, produk kami akan berada dipasaran pada akhir Mac 2009.

Produk kami adalah:
1) EM.1
2) Bokashi
3) Kawalan serangga